Cart 0

Popsicle Kelapa Limau Keto-Mesra

Popsicle Kelapa Limau Keto-Mesra

JOYMIX POPSIKEL KELAPA LIMAU KETO-MESRA

Resipi popsikel keto-mesra ini menggabungkan rasa limau yang menyegarkan dengan kelapa untuk membuat anda sejuk sepanjang musim panas ini!


Masa persediaan: 10 min


Bahan:

- 1 cawan krim kelapa kotak

- 1 cawan jus kelapa

- 1 sudu Joymix MCT Oil

- 2 sudu jus limau calamansi

-  jus dari 3 limau

- 1/4 sudu kecil Himalayan pink salt


Langkah:

1. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar. 

2. Tuangkan campuran ke dalam acuan popsikel.

3. Letak dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 4 jam sehingga ia jadi beku.

4. Keluarkan popsikel kelapa limau dari acuan dan menikmatinya!


Nilai Nutrisi:

- Setiap hidangan berjumlah 13g lemak, 4g karbohidrat bersih, dan protein 1g. Kalori setiap hidangan: 138

- Nilai karbohidrat bersih diperoleh daripada pengurangan serat (1g) daripada jumlah karbohidrat resipi ini (5g).

- Makro dikira melalui MyFitnessPal dan disediakan untuk rujukan kasar sahaja. Untuk memastikan ketepatan, mengira makro mengikuti pengiraan sendiri digalakkan.  

- Air kelapa digunakan dalam resipi ini untuk memberi rasa manis popsikel secara semulajadi. Jika anda lebih suka nilai karbohidrat yang lebih rendah, anda juga boleh menukar air kelapa dengan lebih banyak krim kelapa atau hanya air kosong.



Older post Newer post